Definisi Keluarga Sihat - Keluarga sihat adalah keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya.
Definisi ini menjelaskan bahawa bagi membentuk keluarga sihat, aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian perlu diberi perhatian. Berikut adalah elemen-elemen yang terdapat pada keluarga sihat :
- menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
- mengamalkan cara hidup sihat
- mempunyai keselamatan emosi
- mempunyai pendidikan yang sewajarnya serta mencukupi
- menyediakan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima bagi memastikan kestabilan dan pengekalan keluarga
- berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
- menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
- mengamalkan nilai-nilai agama dan moral
- beriadah bersama
- mempunyai pendapatan yang mencukupi
- memupuk sokongan sosial
Saya terpengun membaca artikel dalam laman web Kem. Kesihatan berkenaan kempen Keluarga Sihat ni. Banyak yang bermain dalam fikiran saya kini... sepatutnya kita individu sesebuah keluarga itu sendiri yang mencari ilham bagaimana nak mewujudkan keluarga sihat itu.. ini kerajaan pulak yang berganding bahu bersama-sama mewujudkan satu kempen kebangsaan bagi mencipta Keluarga Sihat..
Nampak sangat kualiti keluarga sihat di Malaysia semakin berkurangan.. so fikirlah sendiri bagaimana nak menerapkan nilai-nilai keluarga sihat ini dalam keluarga kita







0 comments:
Post a Comment