Searching Value of Life towards meaning full in enjoy way of Living LifeStyle

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Always Smile - -

Saya termenung seketika kala berehat menikmati keindahan pantai di tengahari @ somewhere in Kemaman, Terengganu hujung minggu lepas. Alhamdulillah diizinkan Allah kala fikiran berpusing memikirkan persoalan di atas 'PELUANG' saya berkesempatan merenung jauh dimanakah punca silapnya saya ini dalam memberi ruang untuk mereka menunjukkan kebaikan yang tersembunyi dalam diri mereka masing2. 

Sebagai manusia yang sempurna, saya rasa kita masing2 tidak dapat lari dari melakukan kesilapan samaada pada orang lain mahupun pada diri kita sendiri tampa kita sedar. Namun adakah kita seorang yang sentiasa bersedia mengenalpasti punca kesilapan dan mencari ruang untuk diberi peluang kedua bagi membuktikan yang diri ini MAMPU merubah kearah kesempurnaan dan kemuliaan yang sememangnya ada tersembunyi dalam diri kita. 

Malang sekali diri ini, jika setiap peluang yang diberikan disia-siakan tampa sebarang pengertian akan penambahbaikan kehidupan di masa akan datang. Nak pulak jika kita sudah tidak punya 'KEPERCAYAAN' lagi. BAGAIMANA ANDA MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA YANG PERLU BERUBAH?

Pada saya melalui pengalaman peribadi, saya mudah memberi peluang kepada orang lain dalam memperbetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan dalam kehidupan nak pulak bersangkutan dengan diri ni. Dan peluang yang diberikan itu kerap kali di kocak katekkan dengan pelbagai alasan. Mereka tidak salah dan saya juga tidak salah dalam setiap hal yang berlaku. Cuma kami mempunyai perbedaan pendapat tentang kehidupan. Ianya terjadi disebabkan pengalaman hidup masing2. 

Dulu saya mudah berasa kecewa akan 'perbedaan pendapat' ini, namun setelah difikirkan dan melalui pembacaan dan penelitian melalui terjemahan Al Quran. Pandangan saya mulai berubah. Perbedaan pertama disulam dengan nasihat dan penjelasan beri peluang pada mereka untuk berusaha berubah dan sokong atas usaha mereka itu. Dan jika perbedaan yang sama muncul semula untuk kali ke-2, ke-3 dan ke-4. bersedia memberi peluang dan memberi sokongan yang padu agar mereka tahu dan cuba merapatkan jurang perbedaan. Namun jika perbedaan yang sama muncul untuk kali ke-5 dan seterusnya. Saya perlu memberi pengajaran dengan cara menjauhkan diri selepas membuat penjelasan. Ianya memang sudah terbukti tiada lagi ruang untuk mereka yang tidak menghargai kurniaan dan cahaya yang Allah turunkan pada mereka agar kehidupan ini adalah ibadah. 

Ibadah yang diukur baik buruknya sebagai bekalan di akhirat kelak. Dan sebagai manusia, inilah amalan kita berbuat kebaikan yang mengembirakan sesama insan bukan mengecewakan dan memberi pandangan yang negatif akan keindahan kehidupan ini. Dan tampa kita sedar kita sebenarnya telah kehilangan sesuatu yang tidak mampu dibeli dengan $$$$$ iaitu KEPERCAYAAN.