Searching Value of Life towards meaning full in enjoy way of Living LifeStyle

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Always Smile - -

Menyusuri tugasan sebagai seorang ibu bukanlah suatu yang mudah... topik ini terbit gara-gara menonton movie di astro diva kelmarin '8 days missing'... isu yang dipaparkan adalah memang ibu semasa yang dihadapi oleh para ibu di zaman cyber ini. 

Si Ibu yang menjadi tempat untuk anak2 meluahkan segala apa yang mereka rasa dan bersama melakukan aktiviti harian sementara si ayah kurang masa di rumah dek kerna tanggungjawab mencari rezeki di luar membuatkan si ayah tidak dapat beriadah bersama anak2 sepertimana si ibu lakukan. Dan si ibu merasakan dirinya rapat dengan anak2 dan tahu segala aktiviti si anak di luar rumah.

Semua terjadi setelah si anak tidak pulang ke rumah dan menghubungi si ibu seperti selalu. Dan si ibu menggunakan naluri keibuan berusaha mencari si anak walaupun si ayah pada mulanya kurang memberikan perhatian akan isu kehilangan tersebut. Namun akhirnya si ayah sedar setelah melihat gambar kenangan di mana aktiviti si isteri bersama anak2 tampa kehadiran beliau.  Akhirnya mereka bersama si ibu mencari si anak yang hilang itu...'

Semasa memandu ke pejabat hari ni, saya teringat omongan saya dengan my prince one time ago... 'Ibu always support you on whatever that will make you know WHO YOU ARE, WHAT IT's BENEFIT YOU in FUTURE and from there WHAT YOU CAN SHARE with others especially adik2 and family. Hidup kita ni bukan macam komputer boleh undo or back foward bila kita dah melakukan kesilapan dalam hidup.... HIDUP ini CUMA SEKALI  dan yang sekali inilah kita gunakan belajar menjadi terbaik mungkin pada diri sendiri, ibu bapa, adik-beradik, keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja berlandaskan agama dan prinsip kita pada kehidupan.'

Saya ingat ini adalah harapan dan keinginan saya sebagai seorang ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak2, namun saya silap ini merupakan harapan dan keinginan semua ibu di dunia ini yang mahukan yang terbaik mungkin untuk anak2 mereka tak kira apa agama mereka, bangsa mereka dan taraf kehidupan mereka. Pendekatan yang saya guna kini, adalah PEMERHATIAN perkembangan anak2 saya sendiri, mendalami pengalaman ibu2 yang telah berjaya mendidik anak2 hingga mereka boleh mencipta sejarah kejayaan mereka sendiri, membaca dan bertanya.  

Tiba-tiba persoalan timbul di kepala ......'Adakah saya berada di landasan yang betul dalam mendidik anak2 dengan seadil dan sebaik mungkin? 

Jadi … apakah yang perlu dilakukan oleh Ibu Bapa yang Positif?– Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Positive Parenting
Tiada kanak-kanak yang sempurna dari semua segi, oleh itu tiada ‘kaedah’ yang ideal dalam dunia keibubapaan. Bagaimanapun, temubual bersama Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Positive Parenting, telah mendedahkan bahawa terdapat beberapa prinsip yang dapat membantu ibu bapa melalui waktu-waktu yang mencabar ini:
Mengambil pendekatan holistik
Pengasuhan holistik bermaksud menyedari perkembangan anak anda adalah satu proses yang amat rumit dan merangkumi bukan sahaja perkembangan fizikal dan kognitif, tetapi bahasa dan komunikasi, perkembangan sosio-emosi, malah pertumbuhan moral dan kerohanian. Setiap aspek amat penting dan berhak menerima perhatian yang seimbang. Ambil masa untuk memahami pelbagai aspek pertumbuhan anak-anak anda secara keseluruhan dan mencari jenis aktiviti yang sesuai dengan perkembangan atau pengalaman bagi menjaga mereka.
Mendengar & melihat
Di mana sahaja anda berada, anda akan dihujani dengan maklumat yang menyentuh topik keibubapaan. Tetapi, bukan semua maklumat yang anda baca adalah betul (malah selamat) untuk anak anda terutamanya jika anda mendapat maklumat tersebut dari halaman web yang dibangunkan secara tergesagesa oleh individu yang tiada kerja lain.
“Dengar apa yang dikatakan oleh anak anda,” ujar Dr Zulkifli. “Belajar daripada anak anda. Jangan mengikut teknik yang dicadangkan oleh orang lain secara membabi buta. Beri lebih perhatian kepada mesej yang disampaikan oleh anak anda secara lisan dan bukan lisan. Dari situ, anda akan dapat tahu apa yang diinginkan oleh anak anda.”
Luangkan masa
“Ibu bapa yang positif dapat membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga dengan baik” ucap Dr Zulkifli. “Kita bercakap tentang kualiti masa yang diluangkan bersama anak-anak kita namun tiada siapa yang boleh memberi maksud masa berkualiti yang sebenar. Asalkan masa yang anda luangkan bersama-sama anak anda menjadi kenangan terindah untuknya, ia sudah cukup baik. Ianya amat mudah dilakukan seperti melukis gambar atau keluar makan bersama-sama.”
Biar fleksibel
Kita bukan sahaja berada di persekitaran yang sentiasa berubahubah, tetapi juga sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang membesar dengan pantas dan berkembang dari segi kemahiran dan tahap pemahaman yang berubah setiap hari. Ibu bapa juga perlu menyesuaikan diri seiring dengan keperluan persekitaran dan kanak-kanak itu sendiri. Secara jujurnya, nilai gaya keibubapaan anda dari masa ke semasa dan bersedia untuk berubah apabila (bukan jika) masanya telah tiba.
Terus belajar
Setiap hari gaya, isu, kaedah dan pembangunan baru akan muncul dengan pantas. Anda perlu menjadi seorang yang berpengetahuan luas untuk menjadi ibu bapa yang berkesan. Berbual dengan ibu bapa yang lain, dengar apa yang disampaikan oleh pakar kanak-kanak dan baca sebanyak mungkin. Anda boleh meningkatkan kemahiran ibu bapa dengan meningkatkan tahap kesedaran terhadap isu-isu semasa dan isuisu di sekeliling anda.
Menjadi ibubapa – terutamanya untuk kali pertama – adalah sesuatu yang penuh cabaran dan anda perlu belajar dengan cepat. Tetapi kanak-kanak tabah secara semulajadi. Asalkan anda memainkan peranan anda dengan baik dan curahkan kasih sayang, keselamatan dan sebagainya dengan sepenuh hati kepada anak anda, mereka akan membesar dengan baik walau dalam apa keadaan sekalipun.