Saya duduk terdiam depan komputer pejabat sambil terfikir ' Mengapa manusia ni dilahirkan dengan keegoan yang sangat tinggi? Ianya timbul setelah mengamati nasihat daripada Ustaz dalam motivasi pagi di IKIM selama 7 hari berturut-turut.
Orang dewasa ni cukup malu, cukup malu untuk menyatakan kekurangan diri dan sentiasa menunding jari akan kesalahan/kesilapan orang lain.
Mengapakah saudara seagama saya ini bermasam muka dalam menjalankan ibadah Allah dengan menyempurnakan tanggung jawab yang diamanahkan. Iaitu tanggung di dunia dan jawab di akhirat.
Mengapa kita masih lagi kuat dengan sikap negatif lama, iaitu melaga-lagakan saudara seagama kita untuk memaklumkan kepada dunia yang hanya kitalah yang terbaik dan perlu disanjung dan dihargai? Subhanallah .... ya allah, aku pohon padamu berilah ku kekuatan untuk berbisik dengan saudaraku ini betapa diri ini sedih dengan apa yang ku dengar dan ingin menghulurkan bantuan yang termampu... namun aku tidak sekuat itu ya allah.., aku hanya mampu menjauhkan diri dan berfikir bagaimana perlu ku kongsikan nasihat ini supaya saudaraku itu sedar dan cuba melakukan kebaikan ....
Nota kaki : Masa senang, masa lapang, masa sihat, masa bahagia, masa bergembira; manusia mudah alpa yang suatu masa nanti mereka akan susah, mereka akan sibuk, mereka akan sakit, mereka akan kecewa, mereka akan berduka dan mereka akan sengsara dengan ibadah yang tidak seberapa. Jesteru itu bersihkanlah hati dengan rasa syukur dengan apa yang kita ada bukan tamat dengan apa yang kita tidak punya. Renung2kanlah dan selamat beribadah - AlwaySmile@FunShine







