Searching Value of Life towards meaning full in enjoy way of Living LifeStyle

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Always Smile - -

Semperna hari ibu yang rata-rata ramai orang membicara akannya sama ada dalam radio, televisyen, majalah mahupun surat khabar. Masing-masing menyatakan ucapan betapa mereka menyayangi dan menghargai jasa IBU kepada mereka. 


Tidak kurang pula yang memberikan hadiah istimewa dan jamuan bagi meraikan hari ibu ini. Saya terduduk diam dan terfikir. Sebagai IBU adakah cuma 1 hari sahaja yang anak2 perlu memberikan perhatian dan kasih sayangnya pada si IBU.? Secara spontan terpacul ucapan seperti tajuk di atas di bibir saya ' Sebagai Anak JUJURkah saya menyayangi IBU saya?'

Saya sangat2 menghargai ibu dan ayah - mereka adalah orang yang terpenting selepas anak-anak saya. Saya menyayangi Ibu dan ayah saya seikhlasnya, walaupun saya tahu mereka bukanlah orang yang pandai, bukanlah orang yang kaya, bukanlah orang yang berpengaruh, bukanlah orang yang berharta dan saya tidak meminta apa-apa balasan dari mereka cukuplah dengan rasa gembira, restunya dan doanya agar kami sentiasa sejahtera dan berada dalam golongan orang2 mukmin yang soleh.

Saya ingin berkongsi segala kegembiraan dan kesejahteraan yang saya ada bersama mereka. Cuma saya akan sembunyikan segala kesusahan dalam kehidupan daripada mereka kerana kasih dan sayang saya yang tidak terhingga pada mereka agar mereka tidak gusar akan saya. Ya Allah, adakah saya jujur pada mereka......, jika tidak berilah saya petunjuk agar saya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai anak dengan sejujurnya pada mereka. 

Nota kaki :  Adakah anak-anak saya seikhlas dan jujurnya menyayangi saya sebagai IBU?..hahahahah suatu yang berat untuk difikirkan kerna hanya mereka saja yang tahu. Apapun saya seikhlas dan sejujurnya menyayangi mereka sepenuh jiwa raga saya... sebagaimana pahit getir saya melahirkan mereka sebegitu juga saya akan bekorban untuk kesejahteraan mereka. - AlwaySmile@ FunShine.